about

Aku cuma rindu.. Rindu akan bahasa-bahasa nan indah untuk diungkapkan dalam cerita-cerita harianku, pandangan mata hati seseorang yang kerdil yang sering selalu inginkan petunujukNya.


Kesibukan dunia telah melenyapkan aku… sebentar. 2 hingga 3 tahun mungkin ruang aku menyepi dan menjadi lebih matang…mungkin!

Kesepianku bukanlah sahaja dari penulisan, hati aku juga turut membuntuti sengsaranya sepi itu.

Tetapi aku terlalu selalu “kelihatan” tidak sepi. Itulah aku.

Hati aku, hanya Allah yang tahu.

Itulah sebabnya aku berhenti menulis coretan hati, kerana jiwa aku kosong. Kosong dengan ilmu yang selalunya aku dapatkan dengan pembacaan.

Semenjak aku mulai kuliah, aku telah tinggalkan (dengan sengaja)bahan-bahan ilmiah yang dulu membuka mata hati aku untuk melihat dunia jauh lebih berbeza. Buku, majalah, web-web, blog-blog & etc

Terlalu sesak dengan kerja-kerja mengejar dunia, walaupun niatku bukanlah terpesong dari yang satu, tetap! Ia kerja duniawi. Belajar. Belajar. Belajar. Assignment. Kerja persatuan. Kerja social. Kerja komunikasi.

Kerna aku tahu, untuk menulis, itu butuh ilmu. Masakan kita menulis lebih banyak dari membaca?! Aneh kalau begitu.

Aku tak mahulah menjadi keyboard warrior, yang bahan bacaannya kurang, tapi pena jari jemarinya yang menaip laju papan kekunci. Boleh sebenarnya, tapi hanya pendapat, bukan cemuhan, bukan cacian atau jual “viral”. Al maklumlah, orang melayu kita pantang.



Baiklah, aku rasa sampai di sini sahaja ‘Come Back’ aku dalam blog hapuk berhabuk nih. Aku semangat ni , sebab dia bersungguh nak ubah tabiat lama, jadi aku pun kenalah tempias dia jadi rajin nak menulis semula. XD 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan